UPSR 2012

Sekolah Kebangsaan Proton City merupakan sebuah kompleks pendidikan yang didirikan dengan prasarana yang lengkap dan berteraskan teknologi.

Bermula 1 Jun 2010, SKPC beroperasi telah beroperasi dengan megahnya di kompleks bangunan sendiri.

SKPC bermatlamat sebagai sebuah organisasi pendidikan yang sentiasa memacu kearah pendidikan yang selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

1Malaysia

1Malaysia is intended to provide a free and open forum to discuss the things that matter deeply to us as a Nation. It provides a chance to express and explore the many perspectives of our fellow citizens. What makes Malaysia unique is the diversity of our peoples. 1Malaysia’s goal is to preserve and enhance this unity in diversity which has always been our strength and remains our best hope for the future.
1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan.

Pengumuman

Laman blog ini telah dikemaskini dengan info untuk tahun 2012. Sila berikan sebarang cadangan, pendapat, idea dan komen bagi menaik taraf laman ini agar lebih mantap.
Anda amat kami berharga.

Pertandingan Persahabatan Ragbi Rimau

Pertandingan persahabatan Tersebut akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 10 Februari 2012
Masa : 4.00 petang - 6.00 petang
Tempat : Padang Ragbi, SK Proton City


Foto: Afifi Arif


Sekolah yang terlibat adalah seperti berikut:
SK Rapat Setia, Ipoh.
SK Proton City, Tg Malim.
SK Bidor 2, Bidor.
SK Trolak Timur, Sungkai.
SK Satu, Tapah.

Semua peminat dan penyokong dijemput hadir untuk melihat bakat kecil beraksi lincah dalam arena.


Selanjutnya..

Pengumuman Cuti




Sempena Sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul) dan Perayaan Thaipusam, sekolah akan bercuti mengikut ketetapan seperti berikut:


Tarikh : 6 Februari 2012 hingga 7 Februari 2012

Hari : Isnin dan Selasa

Cuti pada 6 Februari 2012 adalah cuti bersempena Maulidur Rasul, manakala cuti pada 7 Februari 2012 merupakan cuti umum untuk perayaan Thaipusam

Sekolah akan beroperasi semula pada hari Rabu bersamaan 08 Februari 2012.


Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam dan Selamat menyambut perayaan Thaipusam untuk masyarakat India.

Sekian, harap maklum.






Selanjutnya..

Golongan Doktor Hina Guru?


SHAH ALAM - Doktor pakar antara yang paling ramai mengadu mengenai kelemahan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diperkenalkan sejak 1 Januari lalu, kerana pendapatan mereka jauh lebih rendah berbanding doktor yang baru bertugas.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Lok Yin Theng berkata, doktor yang lama berkhidmat merasakan sumbangan mereka seolah-olah dianaktirikan kerana pendapatan diterima jauh lebih rendah berbanding mereka yang baru bertugas.

Beliau berkata, Cuepacs menerima banyak surat daripada kategori itu dan meminta pihaknya mendesak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula perkara ini.

“Mereka (doktor pakar) mengadu kerana gaji sebulan terutama dari Gred 51 hingga 54 lebih rendah berbanding doktor yang baru bertugas, sedangkan peranannya di hospital terlalu besar.

Doktor berkenaan bukan sahaja terkilan dengan gaji yang diterima setaraf guru-guru sekolah, malah tidak berpuas hati kerana doktor yang baru berkhidmat menerima ganjaran lebih tinggi,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Jika ini dijadikan kayu ukur dalam sistem baru itu, menurutnya, doktor pakar memerlukan jangka masa yang panjang untuk mengejar pendapatan diperoleh anggota Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa).

Malah, katanya, doktor berkenaan mempertikaikan pendapatan yang diterima pihak Jusa melebihi RM15,000 sebulan sedangkan bebanan kerja harian golongan ini setaraf guru sekolah.

Menurutnya, Cuepacs tidak mahu perkara ini terus berlarutan kerana boleh menyebabkan ketegangan berlaku di sektor awam.

“Tugas kami untuk melahirkan organisasi awam yang harmoni dan memaklumkannya dengan segera kepada Perdana Menteri untuk diambil tindakan.

“Tarikh pertemuan dengan beliau, saya tidak boleh beritahu mungkin selepas sambutan Tahun Baru Cina,” katanya.

Ditanya dakwaan SBPA telah dilaksanakan membabitkan anggota Kumpulan Premier, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis, Yin Theng berkata, perkara itu tidak betul dan jangan dengar khabar angin.

Menurutnya, kerajaan telah berjanji akan melihat semua tuntutan yang dibuat Cuepacs secara menyeluruh bukan untuk pihak tertentu sahaja.

Jika Cuepacs membuat tuntutan kepada bahagian tertentu, katanya, ia seolah-olah menampal baju yang koyak dan tidak memperbaiki bahagian lain.

“Matlamat kami seperti dijelaskan tadi, tidak mahu melihat jurang pendapatan yang ketara antara kelas bawahan dengan atasan. Untuk menambah baik, kami menerima pelbagai cadangan daripada golongan profesional yang mahu kerajaan mengkajinya secara mendalam.

“Mereka berpendapat, SBPA seolah-olah mengiktiraf seseorang individu sahaja sedangkan dalam organisasi kerajaan, kejayaannya kerana peranan semua pihak. Kalau orang bawah tidak buat kerja, usaha pihak atasan jadi sia-sia,” katanya.


Sumber: Sinar Harian






Selanjutnya..

Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama Ujian Dalam Talian UKM 1



Tarikh :
1 Februari - 30 April 2012

Umur
Bagi pelajar berusia 7 - 15 tahun



Berminat untuk menyertai:

Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) PERMATApintarTM Negara Universiti Kebangsaan Malaysia - Johns Hopkins University - Center for Talented Youth (JHU-CTY)
(Pelajar 9 - 15 Tahun: di UKM)

Perkhemahan PERMATA Insan
(Pelajar Islam 8 Tahun: di USIM)

Program Pendidikan PERMATApintarTM (PPPp)
(15 Tahun Sahaja)

Program Laluan Pintas (PLP) bagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
(untuk pelajar berumur 7 tahun sahaja)


Ujian UKM1 boleh diambil di sekolah, rumah, kafe siber dan pusat komuniti berinternet
1 Hari, 1 Sekolah, 1 Pelajar
1 hari, 10,000 Sekolah, 1 Pelajar = 10,000 Pelajar
50 Hari, 10,000 Sekolah, 100 Pelajar = 5,000,000 Pelajar


Pendaftaran:
a) Pelajar baru: masukkan Mykad/Mykid, maklumat pelajar,sekolah & ibu/bapa/penjaga
b) Pelajar lama: kemaskini Mykad/Mykid, maklumat pelajar,sekolah & ibu/bapa/penjaga


Jangka masa ujian:
1 jam 30 minit

Sila layari Permata Pintar Negara


Selanjutnya..

Cuti Tahun Baru Cina 2012




Sempena Sambutan Tahun Baru Cina, sekolah akan bercuti mengikut ketetapan seperti berikut:


Tarikh : 23 Januari 2012 hingga 25 Januari 2012

Hari : Isnin hingga Rabu


Sekolah akan beroperasi semula pada hari Khamis bersamaan 26 Januari 2012.


Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Cina.

Sekian, harap maklum.



Selanjutnya..

Hari Kokurikulum Mingguan




Program hari kokurikulum mingguan akan diadakan pada ketetapan berikut:


Tarikh Mula: 11 Januari 2012 (Rabu)

Masa : 1.30 p.m. hingga 3.30 p.m

Aktiviti Kokurikulum Minggu Ini: Unit Beruniform


Aktiviti tersebut akan dilaksanakan sejurus selesai sesi persekolahan.


Ketua Guru Pembimbing bagi setiap pasukan unit beruniform pada tahun ini adalah seperti berikut:

Pengakap Kanak-kanak:
Encik Noraidil bin Paiman

Bulan Sabit Merah Malaysia:
Encik Md Nadzari bin Mohd @ Mohamad

Puteri Islam:
Cik Zainab bin Sidi

Tunas Kadet Remaja Sekolah
Encik Muhammad Hassan bin Darus





Selanjutnya..
 

Rakan Bersekutu

Nabble - SKPC Forum

Renungan