UPSR 2012

Sekolah Kebangsaan Proton City merupakan sebuah kompleks pendidikan yang didirikan dengan prasarana yang lengkap dan berteraskan teknologi.

Bermula 1 Jun 2010, SKPC beroperasi telah beroperasi dengan megahnya di kompleks bangunan sendiri.

SKPC bermatlamat sebagai sebuah organisasi pendidikan yang sentiasa memacu kearah pendidikan yang selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

1Malaysia

1Malaysia is intended to provide a free and open forum to discuss the things that matter deeply to us as a Nation. It provides a chance to express and explore the many perspectives of our fellow citizens. What makes Malaysia unique is the diversity of our peoples. 1Malaysia’s goal is to preserve and enhance this unity in diversity which has always been our strength and remains our best hope for the future.
1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan.

Pengumuman

Laman blog ini telah dikemaskini dengan info untuk tahun 2012. Sila berikan sebarang cadangan, pendapat, idea dan komen bagi menaik taraf laman ini agar lebih mantap.
Anda amat kami berharga.

Taklimat Persediaan Hari Pendaftaran

30 Dis 2009 (Khamis) - Jawatankuasa Pelaksana Majlis Pendaftaran Murid-murid Sekolah Kebangsaan Proton City (SKPC) telah mengadakan taklimat berkaitan persiapan majlis yang akan diadakan pada 2 Januari 2010.

Taklimat yang disampaikan oleh Puan Zaliha binti Salleh, guru besar SKPC telah diadakan di Bengkel Kemahiran Hidup, Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim.

Taklimat yang bermula 9.00 pagi telah membincangkan pelbagai perkara berkaitan persiapan untuk majlis pendaftaran murid.

Berdasarkan kepada perancangan yang telah diputuskan, pendaftaran pada 2 Januari 2010 tersebut hanya untuk murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 5 sahaja.

Diakhir taklimat Puan guru besar berharap agar majlis pendaftaran tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar.

Selanjutnya..

Mesyuarat Pertama Guru Bersama PPD

16 Dis - Satu mesyuarat telah diadakan di antara guru-guru di sekolah ini bersama dengan pihak Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang. Mesyuarat tersebut telah diadakan di bilik mesyuarat SK Proton City.

Mesyuarat kali pertama ini adalah bertujuan untuk menetapkan persediaan guru dalam menghadapi pembukaan sekolah untuk Tahun 2010. Selain itu juga, seramai lebih kurang 13 orang guru telah melaporkan diri untuk bertugas di sekolah ini berkuatkuasa 16 Disember 2009.

Pegawai Pelajaran Daerah Batang Padang, Tuan Haji Mat Noh bin Supaat dan Penolong PPD Rendah, Encik Md Bashah bin Abdul Razak, PPT, PPN, antara pegawai yang turut serta dalam mesyuarat tersebut.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Tuan Haji Mat Noh telah menyelitkan pengharapan agar SK Proton City menjadi sebuah sekolah yang bertaraf dunia.

Selepas mesyuarat, Tuan Haji Mat Noh sempat meninjau keadaan persekitaran sekolah.

Selanjutnya..

Mesyuarat JK PKG

Mesyuarat JK Pusat Kegiatan Guru Tanjong Malim telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Tanjong Malim.














Sumber: PKG Tanjong Malim

Selanjutnya..
 

Rakan Bersekutu

Nabble - SKPC Forum

Renungan