3 Jun 2010 (Khamis) - Warga Sekolah Kebangsaan Proton City hari ini telah membuat Sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
Sambutan hari guru ini merupakan sambutan yang julung-julung kalinya diadakan di sekolah ini.
Sambutan yang sepatutnya disambut pada 16 Mei tersebut terpaksa diadakan agak lewat dengan tujuan sambutan dapat diadakan di permis sendiri.
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah ini diadakan secara bersederhana berdasarkan keadaan sekolah dalam proses pembangunan peringkat permulaan.
Sambutan dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan diadakan perhimpunan khas sempena hari guru. Dalam perhimpunan tersebut, selain ucapan dari guru besar dan ketua murid SKPC, turut diadakan majlis penyampaian hadiah dari murid untuk guru-guru.
Seterusnya, majlis sambutan diteruskan dengan acara sukaneka yang telah dikendalikan oleh Encik Noraidil bin Paiman dan jawatankuasanya. Acara sukaneka juga turut disertai oleh kakitangan sekolah dan murid-murid SKPC.
Dalam acara persembahan murid, wakil dari setiap kelas telah mengadakan persembahan masing-masing. Para guru juga turut menyampaikan persembahan secara berkumpulan dan individu.

Hari Guru 2010
No Responses to "Hari Guru 2010"
Leave a Reply