SK Proton CityMajlis Penutup Ehya Ramadhan

Posted by Sekolah Kebangsaan Proton City Friday, September 3, 2010

Panitia Pendidikan Islam, hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Ehya Ramadhan peringkat sekolah bagi tahun ini. Program yang bermula pada jam 7.30 pagi dimulakan dengan majlis bacaan Yasin oleh semua guru-guru dan murid Sekolah Kebangsaan Proton City (SKPC).

Sebaik selesai majlis bacaan Yasin, majlis diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang melibatkan murid-murid tahap 2 sekolah ini.

Puan Zaliha binti Salleh, guru besar SKPC dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada semua guru yang terlibat khususnya Panitia Pendidikan Islam dalam menjayakan Program Ehya Ramadhan pada tahun ini. Beliau juga berharap semoga program tersebut akan dapat dilaksanakan pada tahun-tahun berikutnya.

Selesai perasmian yang disempurnakan oleh Puan Zaliha, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada murid-murid yang terlibat dengan Majlis Tadarus Al-Quran dan pertandingan-pertandingan yang telah diadakan sempena program Ehya Ramadhan.

Turut memeriahkan majlis ialah majlis bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama guru-guru dan murid-murid serta pemberian duit raya oleh puan guru besar dan penolong kanan.

Tahniah Panita Pendidikan Islam!!























No Responses to "Majlis Penutup Ehya Ramadhan"

Leave a Reply

 

Rakan Bersekutu

Nabble - SKPC Forum

Renungan