UPSR 2012

Sekolah Kebangsaan Proton City merupakan sebuah kompleks pendidikan yang didirikan dengan prasarana yang lengkap dan berteraskan teknologi.

Bermula 1 Jun 2010, SKPC beroperasi telah beroperasi dengan megahnya di kompleks bangunan sendiri.

SKPC bermatlamat sebagai sebuah organisasi pendidikan yang sentiasa memacu kearah pendidikan yang selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

1Malaysia

1Malaysia is intended to provide a free and open forum to discuss the things that matter deeply to us as a Nation. It provides a chance to express and explore the many perspectives of our fellow citizens. What makes Malaysia unique is the diversity of our peoples. 1Malaysia’s goal is to preserve and enhance this unity in diversity which has always been our strength and remains our best hope for the future.
1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan.

Pengumuman

Laman blog ini telah dikemaskini dengan info untuk tahun 2012. Sila berikan sebarang cadangan, pendapat, idea dan komen bagi menaik taraf laman ini agar lebih mantap.
Anda amat kami berharga.

Ucapan Perayaan


SELURUH WARGA SK PROTON CITY
MENGUCAPKAN
SELAMAT MENYAMBUT THAIPUSAM
KEPADA
SELURUH WARGA MALAYSIA BERAGAMA HINDU

Tarikh: 30 Januari 2010
Hari : Sabtu
Selanjutnya..

Lawatan Pengarah JPN Perak


27 Januari 2010 (Rabu) - Pengarah Pelajaran Negeri Perak Tuan Haji Mohd. Radzi bin Abd. Jabar telah turun padang bagi meninjau perlaksanaan sesi persekolahan SK Proton City (SKPC) di bangunan SK Tanjong Malim (SKTM).

Dalam lawatan tersebut, beliau sempat melihat sendiri sesi pengajaran dan pembelajaran sambil meninjau kemudahan yang diterima oleh pihak SKPC di SKTM.

Tuan Pengarah telah mengadakan sesi perbincangan di pejabat SKTM.

Lawatan yang bermula pada jam 3.00 berakhir lebih kurang 1 jam 30 minit kemudiannya.



Selanjutnya..

Ucapan Selamat Datang


SELAMAT BERTUGAS


Puan Hajah Hasmah binti Yahya
(Penolong Kanan Pentadbiran)

Puan Hajah Normadiah binti Khalid
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)


Selanjutnya..

Ucapan Takziah

Duli Yang Mulia Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail
8 April 1932 - 22 Januari 2010
(78 Tahun)


Seluruh Warga SK Proton City merakamkan ucapan takziah kepada Kerabat Di Raja Almarhum Duli Yang Mulia Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim. Sultan Johor yang amat dihormati dan dikasihi telah mangkat, berpindah daripada alam fana kealam akhirat yang baka pada jam 7.15 malam hari Jumaat tarikh 22 Januari 2010 bersamaan dengan 6 Safar 1431H di Hospital Pakart Puteri, Johor Bahru. Al Fatihah.





Selanjutnya..

Pengumuman Mesyuarat


MESYUARAT PENINGKATAN TAHUN 6
DAN KOKURIKULUM 1/2010


Mesyuarat akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 26 Januari 2010
Hari : Isnin
Masa: 11.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat SKTM

Kehadiran semua guru adalah diwajibkan

Selanjutnya..

Diskusi SKPC Bersama Ibu Bapa



21 Jan 2010 (Khamis) - Satu diskusi di antara pihak pentadbiran SK Proton City (SKPC) dan SK Tanjong Malim (SKTM) bersama ibu bapa dan penjaga murid SK Proton City telah diadakan pada jam 11.30 pagi secara tergempar.

Diskusi ini diadakan adalah berikutan dari perjumpaan yang dianjurkan oleh ibu bapa dan penjaga murid SKPC yang dipindahkan secara pakej untuk pengoperasian sesi persekolahan SKPC pada tahun 2010 ini.

Diskusi yang diadakan bertujuan untuk membincangkan beberapa permasalahan yang timbul di kalangan pihak ibu bapa dan penjaga berkaitan pertukaran secara pakej tersebut.

Diskusi turut dihadiri oleh wakil Ahli Parlimen Tanjong Malim, wakil DUN Behrang, serta pihak polis IPD Tanjong Malim. Majlis diakhiri pada jam 12.45 petang.












Foto-foto di atas adalah gambar ketika diskusi belum dijalankan. Majlis diskusi dirakamkan dalam bentuk video

Selanjutnya..

LINUS

Bermula tahun 2010 Program LINUS telah menggantikan Program KIA2M (Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis)

(a) Apakah sebenarnya Program LINUS yang sering diwar-warkan kini?

Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana Minister Key Performance Indicators (MPKI) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.


(b) Apakah Definisi Literasi dan Numerasi ?

Literasi adalah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan majmuk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

Manakala Numerasi adalah kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan seharian.


(c) Bilakah program ini akan dilaksanakan ?

Program ini akan dilaksanakan bermula pada tahun 2010 (Kohot 1) melibatkan murid-murid di tahun 1 yang akan discreen melalui Saringan 1 (Mac), Saringan 2 (Jun) dan Saringan 3 (September).

Sumber: JPN Perak

Modul Linus Bahasa Malaysia Tahun 1 2009


Selanjutnya..

Mesyuarat Penubuhan Kelab Guru dan Staf

13 Jan 2010 (Selasa) - Satu mesyuarat untuk penubuhan kelab guru dan staf telah diadakan di bilik mesyuarat, Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim.

Mesyuarat yang bermula jam 12.30 tengah hari tersebut telah membincangkan pelbagai perkara termasuk perlantikan jawatankuasa kelab bagi sesi 2010 / 2012, penetapan yuran, aktiviti dan perlembagaan kelab.

Cikgu Haiyatul Izah binti Zulkipli telah dilantik sebagai pengerusi pertama bagi kelab tersebut.

Mesyuarat berakhir jam 1.30 petang.

Selanjutnya..

Mesyuarat Kurikulum Pertama

9 Jan 2010 (Sabtu) - Jawatankuasa Kurikulum (JKKS) Sekolah Kebangsaan Proton City telah mengadakan Mesyuarat Kurikulum Pertama sejak pembukaan operasinya.

Mesyuarat itu juga merupakan mesyuarat kurikulum kali pertama untuk tahun 2010. Mesyuarat adalah bertujuan untuk membincangkan perancangan dan perlaksanaan jawatankuasa kurikulum untuk tahun 2010.

Mesyuarat yang bermula pada jam 9.00 pagi tersebut, telah dipengerusikan oleh Puan Zaliha binti Salleh, guru besar SKPC.

Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat SKPC, dengan dihadiri oleh kesemua ahli JKS.

Selanjutnya..

Pendaftaran Murid Tahun Enam

7 Jan 2010 (Khamis) - Sekolah Kebangsaan Proton City (SKPC) telah menerima kemasukan murid Tahun 6.

4 orang pelajar telah mendaftarkan diri pada hari tersebut. Mereka terdiri dari seorang lelaki dan 3 orang perempuan.

Surat tawaran pendaftaran murid ke SKPC telah diedarkan kepada ibu bapa dan penjaga murid bermula hari Isnin 4 Januari 2010.

Selanjutnya..

Puan Masnida Berpindah

Seorang guru di sekolah ini telah berpindah keluar dari sekolah ini ke sekolah Kebangsaan Seri Manjong, Manjong, Perak. Beliau ialah Puan Masnida binti Sahimi.

Walaupun baru mendaftar di sekolah ini pada 16 Disember 2010, Puan Masnida telah menerima surat pertukaran antara daerah pada 5 Januari 2010.

Perpindahan beliau adalah atas alasan mengikut suami.

Dengan perpindahan beliau, mencatat sejarah sebagai guru pertama berpindah keluar dari sekolah ini ke sekolah luar. Semoga beliau lebih bermotivasi tinggi di sekolah baru.

Selanjutnya..

Sesi Persekolahan 2010 Bermula



4 Jan 2010 (Isnin) - Sekolah Kebangsaan Proton City (SKPC) telah memulakan sesi persekolahan. Sesi persekolahan ini merupakan sesi persekolahan kali pertama.

Untuk permulaan, sesi persekolahan SKPC telah memulakan operasinya dengan menumpang di blok bangunan Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim (SKTM).

Oleh kerana SKPC menumpang di SKTM, waktu pengajaran dan pembelajaran telah diadakan pada waktu petang bermula jam 1.00 petang hingga 6.20 petang dari hari Isnin hingga Khamis. Manakala, untuk hari Jumaat pengajaran dan pembelajaran bermula jam 2.00 petang.













































Selanjutnya..
 

Rakan Bersekutu

Nabble - SKPC Forum

Renungan