UPSR 2012

Sekolah Kebangsaan Proton City merupakan sebuah kompleks pendidikan yang didirikan dengan prasarana yang lengkap dan berteraskan teknologi.

Bermula 1 Jun 2010, SKPC beroperasi telah beroperasi dengan megahnya di kompleks bangunan sendiri.

SKPC bermatlamat sebagai sebuah organisasi pendidikan yang sentiasa memacu kearah pendidikan yang selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

1Malaysia

1Malaysia is intended to provide a free and open forum to discuss the things that matter deeply to us as a Nation. It provides a chance to express and explore the many perspectives of our fellow citizens. What makes Malaysia unique is the diversity of our peoples. 1Malaysia’s goal is to preserve and enhance this unity in diversity which has always been our strength and remains our best hope for the future.
1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan.

Pengumuman

Laman blog ini telah dikemaskini dengan info untuk tahun 2012. Sila berikan sebarang cadangan, pendapat, idea dan komen bagi menaik taraf laman ini agar lebih mantap.
Anda amat kami berharga.

Persediaan Pembukaan Sekolah



24 Februari 2010 (Khamis) - Pihak sekolah hari ini telah mengadakan satu upacara memagar kawasan sekolah. Upacara ini adalah sebagai persediaan ke arah pembukaan Sekolah Kebangsaan Proton City (SKPC).

Upacara tersebut telah diadakan bermula jam 7.30 pagi bertempat di SKPC. Ustaz Yunizan Md Yusof iaitu imam masjid Tanjong Malim telah mengemudi upacara tersebut.

Turut hadir ialah Puan Zaliha, Prof. Dr. Nor Azmi, En. Hassan dan En. Shuhaili (juru gambar). Upacara memagar kawasan sekolah tersebut berakhir pada jam 9.00 pagi.












Selanjutnya..

Mesyuarat Pra Penyerahan Bangunan


24 Februari 2010 (Rabu) - Satu mesyuarat Pra Penyerahan Bangunan Sekolah Kebangsaan Proton City (SKPC) telah diadakan di bilik mesyuarat SKPC. Mesyuarat telah dihadiri oleh pegawai-pegawai Bahagian Teknikal Kementerian Pelajaran Malaysia, pegawai dari pejabat pelajaran Daerah Batang Padang, Konsulton-konsulton, kontraktor dan beberapa orang guru SKPC.

Mesyuarat adalah bertujuan untuk membuat semakan pembangunan yang telah dilakukan oleh pihak berkaitan sebelum proses penyerahan bangunan SKPC kepada pihak JPN Perak.

Semasa mesyuarat diadakan pelbagai semakan telah dibuat. Ahli mesyuarat juga turut membuat pemeriksaan terhadap hasil pembangunan yang telah dilaksanakan ke seluruh sekolah.

Majlis penyerahan masih belum dapat dilakukan sehingga ke hari ini. Sebelum ini telah beberapa kali penyerahan bangunan yang dirancang untuk diserahkan tertunda.

Pegawai dari PPDBP telah diwakili oleh Penyelia Kanan Pembangunan Dan Bekalan, Tn. Hj Abu Kassim Bin Darus, Manakala wakil dari SKPC ialah Puan Zaliha binti Salleh, Puan Hajah Hasmah binti Yahya, Encik Muhammad Hassan bin Darus, Encik Md Nadzari bin Mohammad dan Encik Shuhaili bin Salleh.

Sebelum mesyuarat dijalankan penyerahan set loceng sekolah automatik dan 18 unit telefon untuk kemudahan telefon SKPC diserahkan. Selain kemudahan perhubungan luar, telefon yang dibekalkan dapat melakukan perhubungan dalaman yang lebih berkesan.


Cikgu Hassan menerima penerangan dari pembekal.











Selanjutnya..

Salam Maulidur Rasul





Selanjutnya..

Taklimat PPD - SKPC


18/02/2010 (Khamis) - Satu taklimat khas telah diadakan di antara pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang dengan kakitangan guru dan pembantu tadbir sekolah ini.

Wakil Pegawai PPD ialah En. Md Bashah Bin Abdul Razak, PPN dan En. Ahmad Bin Md Sayuti. Taklimat adalah bertujuan untuk membuat pemeriksaan prosedur ke arah pembukaan Sekolah Kebangsaan Proton City.

Taklimat dimulakan pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat SKPC.

Taklimat berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Selesai taklimat wakil Pengawai PPD bersama Guru Besar serta beberapa orang guru telah membuat pemeriksaan ke seluruh kawasan sekolah.





Selanjutnya..

Majlis Penyerahan Ditunda



MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN SKPC

Taklimat akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 24 Februari 2010
Hari : Rabu
Masa: 04.00 pm
Tempat: SK Proton City
Hanya pihak yang terlibat sahaja yang dibenarkan berada di majlis berkenaan.
Terima Kasih.


17 Februari 2010 (Rabu) - Majlis penyerahan bangunan SKPC yang sepatutnya dilaksanakan pada hari telah dipinda tarikh penyerahannya.

Penyerahan tersebut ditunda ke tarikh lain atas alasan penyambungan bekalan air oleh pihak Lembaga Air Perak (LAP) belum dapat disempurnakan.

Namun begitu satu mesyuarat khas telah diadakan bagi menggantikan majlis penyerahan tersebut.





Selanjutnya..
 

Rakan Bersekutu

Nabble - SKPC Forum

Renungan