Sukacitanya dimaklumkan bahawa ujian PERMATA Pintar UKM1 Versi 2010 secara atas talian bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2010.
Kelayakan:
- Murid berusia 7 hingga 15 tahun di sekolah boleh mengambil ujian ini secara On-line malalui laman web :
http://www.permatapintar.edu.my - Ujian ini boleh diambil dimana-mana sahaja sama ada di sekolah,rumah,kafe siber dan tempat-tempat yang boleh diakses internet.
- Ujian ini juga terbuka dan murid boleh berhenti pada bila-bila masa dan menyambung semula ujian tersebut hingga tamat.
- Surat dari kementerian telah diedarkan di sekolah-sekolah

Sekian terima kasih
SELURUH WARGA SK PROTON CITY
mengucapkan
Selamat Datang dan Selamat Bertugas
kepada
Penolong Kanan Kokurikulum
Cikgu Muhd. Halin bin Othman.
Beliau telah melapor diri sebagai PK Kokurikulum di SK Proton City pada 16 Mac 2010. Sebelum bertugas di SK Proton City sebagai PK Kokurikulum, beliau merupakan guru penolong di SK Slim Village.
Melapornya beliau di SK Proton City maka beliau telah mencatat satu sejarah sebagai PK Kokurikulum pertama bagi sekolah ini.
Tahniah di ucapkan!!!
CUTI PERTENGAHAN SEMESTER PERTAMA
Sekolah akan mula bercuti seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 13 Mac 2010 hingga 21 Mac 2010
Sesi persekolahan akan bermula kembali seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 22 Mac 2010
Hari : Isnin
Pihak sekolah mengucapkan "Selamat Bercuti" kepada semua murid SKPC.
Jangan lupa ulangkaji pelajaran di rumah.
Sekian, terima Kasih.
KOTA KINABALU, 12 Mac (Bernama) -- Pembinaan sekolah baru bagi mengatasi masalah sekolah menumpang di bangunan sekolah lain, yang dikatakan menganggu proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) akibat kesesakan, akan diberi keutamaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata sepatutnya tidak harus ada sekolah yang menumpang dan ketika ini di Sabah sahaja sebanyak 27 buah sekolah menengah dikenal pasti sedang menumpang di sekolah rendah.
"Sepatutnya tidak harus ada sekolah menumpang, Saya malu jadi Menteri Pelajaran waktu mana anak-anak kita terpaksa menumpang.. bukan menumpang di Sekolah Menengah, tapi yang menengah menumpang di sekolah rendah," katanya kepada pemberita selepas majlis bersama warga pendidikan di Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu, di sini Jumaat.
Beliau berkata masalah itu turut berlaku di Semenanjung dengan sebahagian besarnya di kawasan-kawasan maju disebabkan oleh proses urbanisasi yang mengakibatkan jumlah penduduk tumbuh dengan pesat.
"Kadang-kadang agak susah nak ramalkan berapa jumlah penduduk tinggal di situ...tapi bila dah timbul hal begitu kita (kerajaan) tak boleh biarkan berlarutan," katanya.
Muhyiddin berkata bagi Sabah, kerajaan akan mengenal pasti yang mana yang paling akut untuk diatasi segera dan antara langkah sementara adalah menyediakan kabin atau bilik darjah sementara.
Beliau berkata ini kerana pembinaan sebuah sekolah baru memerlukan kos kira-kira RM50 juta yang tentunya akan menelan kos bilion ringgit untuk mengatasi sepenuhnya masalah itu yang memerlukan kajian terperinci.
"Jadi kita akan beri keutamaan yang menganggu proses P&P...laporan dari peringkat (Jabatan) Pelajaran negeri kita akan ambil perhatian," katanya.
Isu sekolah menumpang itu diketengahkan semasa sesi dialog oleh Pegawai Pelajaran Daerah Pitas Halim Bidin yang meminta kerajaan memberi perhatian bagi pembinaan bangunan sekolah baru bagi mengatasi masalah sekolah yang terpaksa menumpang di bangunan sekolah lain yang menurutnya menjejaskan proses P&P.
Beliau memberikan contoh dua sekolah sedemikian di kawasan Pitas iaitu SMK Kanibongan dan SMK Bongkol serta SMK Bandau SMK Langkon dan SMK Simpang di Beluran.
Sementara itu ketika ditemui pemberita kemudiannya, Pengarah Pelajaran Sabah Dr Muhiddin Yusin berkata masalah sekolah menengah yang menumpang di Sabah kebanyakannya terletak di kawasan luar bandar.
Beliau berkata sekolah berkenaan mendapat kelulusan untuk dibuka tetapi terpaksa menumpang di sekolah rendah kerana bangunan belum dapat dibina.
"Sekolah-sekolah ini sudah dilulus tapi belum ada peruntukan (untuk bina bangunan sekolah), jadi kita gunakan apa yang ada," katanya dan menurutnya terdapat juga sebilangan kecil sekolah rendah yang menumpang di sekolah menengah.
Beliau menjelaskan jabatan itu telah mencadangkan projek pembinaan sekolah baru itu sejak dalam RMK-8 lagi dan kemudiannya dalam RMK-9 tetapi oleh kerana peruntukan tidak cukup, kini dimasukkan dalam RMK-10.
Mengenai jumlah pelajar sekolah terbabit, beliau berkata sebuah sekolah mempunyai purata 200 sehingga 400 pelajar.
Sumber: BERNAMA

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1
Pendaftaran murid untuk penempatan Tahun 1 bagi tahun 2011 dan 2012 sedang dibuka seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 1 Mac 2010 hingga 31 Mac 2010
Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa: Waktu Pejabat
Tempat: Pejabat SKPC di SKTM
Sekian, terima Kasih.

Pasukan bola jaring SK Proton City buat pertama kali menyertai Pertandingan Bola Jaring Peringkat MSSD Peringkat Kelompok 6.
Pertandingan yang disertai oleh sekolah-sekolah dalam kelompok 6, Daerah Batang Padang tersebut telah diadakan di SK Dato Kamaruddin.
Dalam pertandingan tersebut, pasukan SKPC telah menewaskan pasukan SK Sungai Behrang dengan jaringan 2-1, menewaskan SK Behrang dengan jaringan 10-0, menewaskan SKTM dengan jaringan 6-1.
Pada peringkat separuh akhir pasukan SKPC telah menewaskan pasukan SK Methodist dan
di peringkat akhir pasukan ini tewas kepada pasukan SK Datuk Kamaruddin.
Kekalahan pasukan SKPC dalam perlawanan akhir tersebut telah meletakkan pasukan SKPC sebagai naib johan bagi kejohanan tersebut.
Pasukan bola jaring SK Proton City telah dibimbing oleh Cikgu Noralam binti Marsu'ut.
Pihak laman blog SK Proton City mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada pasukan bola jaring dan guru yang membimbing pasukan tersebut.
LAWATAN KERJA DAN PERJUMPAAN TIMBALAN PERDANA MENTERI
Perjumpaan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran bersama seluruh guru-guru dan kakitangan pelajaran akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 6 Mac 2010
Hari : Sabtu
Masa: 8.00 am
Tempat: Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesen
Semua guru dan kakitangan sekolah DIKEHENDAKI hadir.
Sekian, terima Kasih.

2 Mac 2010 (Selasa) - Unit Peperiksaan Dalaman SK Proton City mengadakan Ujian Topikal secara serentak untuk semua kelas.
Ujian topikal bermula hari ini dan akan tamat pada hari Khamis.

MESYUARAT GURU 2/2010
Mesyuarat akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 2 Mac 2010
Hari : Selasa
Masa: 11.30 am
Tempat: Bilik Mesyuarat, SKTM
Terima Kasih.