SKPC merupakan sekolah paling hampir dengan tempat berlangsungnya kejohanan telah dipilih menggalas tanggungjawab sebagai Jawatankuasa Sambutan dan Protokol dan di bawah koordinator pegawai dari PPD Batang Padang, Encik Ahmad bin Sayuti. Beberapa kakitangan sekolah ini telah dipilih bagi membuat persiapan dan melancarkan perlaksanaan kejohanan tersebut.
Sepanjang berlangsungnya kejohanan tersebut, Jawatankuasa Sambutan dan Protokol yang diketuai Puan Zaliha bin Salleh (Guru Besar SKPC) dan dibantu oleh Encik Muhd Halin bin Othman (PK Kokurikulum) telah berjaya mengemudi jawatankuasa dengan baik dan lancar.
Berikut ialah foto-foto yang sempat dirakam sepanjang kejohanan berlangsung bagi JK Sambutan dan Protokol.
24 April 2010 (Sabtu) - Beberapa jawatankuasa Sekolah Kebangsaan Proton City telah mengadakan dua program peningkatan prestasi untuk murid. Jawatankuasa yang terlibat ialah Jawatankuasa Tahun 6 dan Jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam.
Jawatankuasa Tahun 6 telah mengadakan majlis interaksi ibu bapa dan penjaga murid bersama guru-guru mata pelajaran tahun 6. Tumpuan adalah diutamakan kepada mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Dalam perjumpaan tersebut telah diadakan sesi penerangan program-program tahun 6 bagi tahun 2010. Selanjut sesi penerangan prestasi murid-murid tahun 6 oleh guru-guru mata pelajaran teras tersebut.




Manakala Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Kem Bestari Solat yang pertama bagi tahun 2010 ini. Kem Bestari Solat yang dijalankan melibatkan keseluruhan murid Tahun 1 di SK Proton City.


Jawatankuasa Tahun 6 telah mengadakan majlis interaksi ibu bapa dan penjaga murid bersama guru-guru mata pelajaran tahun 6. Tumpuan adalah diutamakan kepada mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Dalam perjumpaan tersebut telah diadakan sesi penerangan program-program tahun 6 bagi tahun 2010. Selanjut sesi penerangan prestasi murid-murid tahun 6 oleh guru-guru mata pelajaran teras tersebut.


Manakala Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Kem Bestari Solat yang pertama bagi tahun 2010 ini. Kem Bestari Solat yang dijalankan melibatkan keseluruhan murid Tahun 1 di SK Proton City.
SELURUH WARGA SK PROTON CITY
mengucapkan
Selamat Datang dan Selamat Bertugas
kepada
Mohd Zakaria bin Zainal
Beliau telah memulakan tugas di SK Proton City pada 20 April 2010. Sebelum bertugas di SK Proton City , beliau merupakan Pegawai Teknologi Pendidikan di Pusat Kegiatan Guru, Slim River.

Seluruh Warga Sekolah Kebangsaan Proton City merakamkan Selamat Menyambut Keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Gafarullahu-lah.
Seluruh Warga SK Proton City mengharapkan agar DYMM Sultan sentiasa beroleh kesejahteraan dan kekal memerintah dengan aman.
12 April 2010 (Isnin) - Dua murid Sekolah Kebangsaan Proton City iaitu Muhammad Daniel dan Daniel Danish yang merupakan pasangan adik beradik adalah telah mengharumkan nama Kelompok 6 dalam Pertandingan Bola Sepak MSSD Batang Padang kategori bawah 12 tahun.
Pasukan bola sepak bawah 12 tahun Kelompok 6 telah menjadi johan di Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Batang Padang yang berakhir 11 April 2010.
Pihak sekolah hari ini telah berkenan mengalungkan pingat emas yang dimenangi oleh mereka sebagai penghargaan pihak sekolah di atas kejayaan mereka.
Penyampaian pingat tersebut telah disampaikan oleh Puan Hajah Hasmah binti Yahya, Penolong Kanan Pentadbiran.
Selain itu, pihak sekolah juga turut menyampaikan sijil kepada peserta-peserta kejohanan olahraga MSSD Daerah Batang Padang dan pemain bola sepak yang mewakili sekolah ke peringkat kelompok.
Majlis tersebut juga turut disempurnakan oleh Puan Hajah Hasmah dan Puan Hajah Normadiah.
10 April 2010 (Sabtu) - Pengurusan SK Proton City (SKPC) telah mengadakan 'Latihan Dalam Perkhidmatan' (LADAP), yang dianjurkan oleh Unit Perkembangan Staf yang dipengerusikan oleh Puan Zaliha binti Salleh, Guru Besar SKPC.
LADAP kali ini telah menjemput Professor Dr. Mohammed Zin b. Nordin yang merupakan Pengarah Bahagian Hubungan Korporat dan Antarabangsa,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
LADAP kali ke-2 ini telah membentangkan topik "Komunikasi Berkesan dan Guru".
Sejurus LADAP yang dijalankan, satu mesyuarat ahli jawatankuasa Sambutan dan Protokol untuk kejohanan Olahraga dan Trek, peringkat negeri telah diadakan. Mesyuarat telah dikendalikan Encik Muhd Halin bin Othman, PK Kokurikulum SKPC.






