UPSR 2012

Sekolah Kebangsaan Proton City merupakan sebuah kompleks pendidikan yang didirikan dengan prasarana yang lengkap dan berteraskan teknologi.

Bermula 1 Jun 2010, SKPC beroperasi telah beroperasi dengan megahnya di kompleks bangunan sendiri.

SKPC bermatlamat sebagai sebuah organisasi pendidikan yang sentiasa memacu kearah pendidikan yang selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

1Malaysia

1Malaysia is intended to provide a free and open forum to discuss the things that matter deeply to us as a Nation. It provides a chance to express and explore the many perspectives of our fellow citizens. What makes Malaysia unique is the diversity of our peoples. 1Malaysia’s goal is to preserve and enhance this unity in diversity which has always been our strength and remains our best hope for the future.
1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan.

Pengumuman

Laman blog ini telah dikemaskini dengan info untuk tahun 2012. Sila berikan sebarang cadangan, pendapat, idea dan komen bagi menaik taraf laman ini agar lebih mantap.
Anda amat kami berharga.

Jamuan Penghargaan Untuk SKTM Dan PKG

31 Mei 2010 (Isnin) - Warga Sekolah Kebangsaan Proton City (SKPC) telah mengadakan satu majlis jamuan. Jamuan tersebut adalah sebagai penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim (SKTM) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tanjong Malim.

Majlis yang diadakan di bilik mesyuarat SKTM, adalah bertujuan sebagai ucapan terima kasih kepada SKTM dan PKG Tanjong Malim, yang telah memberi tempat kepada warga SKPC untuk menjalankan khidmat di sekolah dan PKG.

Semasa tempoh menumpang hampir sebahagian kawasan SKTM dan ruang di PKG telah digunakan oleh guru-guru dan murid-murid SKPC.

Bagi pihak SKTM diwakili oleh Tuan Haji Abdul Kadir (Guru Besar), Puan Catherine (PK Pentadbiran SKTM), Puan Yusni (PK Kokurikulum), Encik Zamri (Guru PSS), Puan Wan Nor Zaleha (Guru PSS) dan Encik Abd Kadir.

Manakala bagi pihak PKG Tanjong Malim, kesemua warga PKG Tanjong Malim, telah menghadirkan diri. Mereka terdiri daripada Encik Hamzan (PTP1), Encik Saiful Azmi (PTP2), Cik Aidawati dan Cik Nurul Zayyani.

Terima Kasih SKTM dan PKG Tanjong Malim

Selanjutnya..

Pengumuman Pembukaan Sekolah





Sekolah Kebangsaan Proton City akan memulakan operasi di permis sendiri bermula seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 1 Jun 2010
Hari : Selasa
Masa : 7.30 Pagi
Berikutan dengan itu, satu majlis perhimpunan dan majlis orientasi akan diadakan.






Selanjutnya..

Jamuan Penghargaan





Jamuan Penghargaan buat Pentadbir SKTM dan Pengurusan PKG Tanjong Malim akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 31 Mei 2010
Hari : Isnin
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SKTM
Jamuan ini diadakan adalah bertujuan sebagai penghargaan kecil warga SK Proton City kepada SKTM dan PKG TM yang memberi ruang untuk kakitangan dan murid sekolah ini menggunakan bilik-bilik yang disediakan sebagai tempat menjalankan tugas dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.






Selanjutnya..

Minggu Peperiksaan Bermula





PEPERIKSAAN PKSR 1
Tarikh: 24 Mei 2010 hingga 27 Mei 2010
Hari: Isnin hingga Khamis

Seluruh Warga Sekolah Kebangsaan Proton City
Mengucapkan
Selamat menduduki peperiksaan
kepada semua murid SKPC

Semoga beroleh keputusan cemerlang


Buat persediaan awal semoga anda tidak menjadi begini...



Selanjutnya..

Tahniah Sempena Kelahiran





SELURUH WARGA SK PROTON CITY
mengucapkan
Tahniah atas kelahiran anak lelaki
kepada
Norziana binti Taupek


Menurut sumber terdekat, Puan Norziana telah melahirkan bayi lelaki tersebut pada jam 12.00 tengah hari. Kelahiran bayi ini merupakan catatan sejarah kerana ia bersamaan majlis penyerahan bangunan SKPC kepada pihak pentadbiran sekolah.

Puan Norziana merupakan "Pembantu Am Pejabat" di SKPC. Beliau telah memulakan tugas di SK Proton City pada pertengahan Februari. Sebelum bertugas di SK Proton City , beliau di SMK Dato Zulkifli Muhammad, Slim River.

Kepada sesiapa yang mengenali bolehlah menziarahi beliau.

Tahniah... tahniah... tahniah...



Selanjutnya..

Majlis Penyerahan Bangunan

05 Mei 2010 (Rabu) - Satu majlis penyerahan bangunan telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Proton City. Majlis terdahulunya dimulakan dengan mesyuarat berkaitan penyerahan tersebut. Majlis penyerahan kali ini disertai oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Perak, Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang, para perunding projek, para kontraktor, dan guru-guru SKPC.

Majlis yang diadakan secara kecil-kecilan tersebut telah memperlihatkan penyerahan kunci dari Kontraktor utama kepada Jabatan Pelajaran Perak dan Jabatan Plajaran Perak kepada SK Proton City

Selepas penyerahan kunci telah diadakan satu pemeriksaan bagi melihat sendiri pembangunan yang dibuat dalam kawasan SKPC.



Untuk foto-foto lain klik sini

Selanjutnya..

Kejohanan Ragbi Bawah 12 Tahun 2010

05 Mei 2010 (Rabu) - Pasukan ragbi Sekolah Kebangsaan Proton City telah menyertai Kejohanan Ragbi Bawah 12 Tahun, Majlis Sukan Sekolah Daerah Batang Padang bagi Tahun 2010.

Kejohanan telah diadakan di bermula jam 8.00 pagi. Kejohanan ragbi kali ini adalah dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Slim Village. Pertandingan berlangsung di Padang Awam Kampung Slim.

Sepanjang perlawanan peringkat awal, pasukan ragbi SKPC telah menjadi naib johan kumpulan. Pada peringkat separuh akhir pasukan ragbi SKPC tumpas pada pasukan SK Slim Village.

Dengan kecundang pada pasukan SKSV tersebut, SKPC telah bertemu pasukan SK Pos Bersih dan berjaya menewaskan pasukan tersebut. Kemenangan tersebut menempatkan pasukan SKPC pada tempat ketiga.

Tahniah di atas percubaan pertama ini.



Untuk foto-foto lain klik sini


Selanjutnya..

Pengumuman Tergempar

KAKITANGAN TERLIBAT KEMALANGAN


Dimaklumkan bahawa Encik Ghazali bin Abdul Razak, Pengawal Keselamatan di SK Proton City telah ditimpa kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari SKPC ke rumahnya di Ulu Slim.

Beliau dilaporkan telah mengalami kecederaan serius iaitu patah sebelah kaki dan patah bahagian tulang rusuk.

Sehingga kini beliau masih lagi belum sedar sepenuhnya dan telah dibawa ke Hospital Besar Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk pemeriksaan lanjut.

Encik Ghazali bin Abd Razak merupakan pengawal keselamatan pertama melaporkan diri bertugas di sekolah ini.

Beliau merupakan warga Kampung Ulu Slim. Sebelum ini beliau merupakan pekerja yang sentiasa berada di sekolah, tidak kira siang atau malam.

Dalam tempoh dua minggu ini beliau telah berulang dari Kampung Ulu Slim ke SK Proton City atas permintaan keluarga.

Seluruh warga sekolah merakamkan takziah di atas kemalangan yang menimpa dan berharap agar beliau cepat sembuh.


Selanjutnya..
 

Rakan Bersekutu

Nabble - SKPC Forum

Renungan