26 Jun (Sabtu) - SK Proton City telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Mesyuarat Agung Penaja PIBG.
Majlis Bacaan Surah Yasin kali ini adalah melibatkan seluruh kakitangan sekolah ini dan ibu bapa serta penjaga murid sekolah ini.
Majlis bacaan Surah Yassin kali ini telah diketuai oleh Dr. Ibrahiim. Majlis yang turut disertai oleh ibu, bapa dan penjaga murid tersebut dimulakan pada jam 9.00 pagi.
Sejurus tamat majlis bacaan surah Yasin tersebut, Mesyuarat Agung Penaja PIBG telah dijalankan. Mesyuarat kali ini adalah bertujuan untuk memilih barisan ahli jawatankuasa penaja PIBG.
[Tunggu berita selanjutnya]

Seluruh warga sekolah telah mengadakan majlis Bacaan Yasin untuk peningkatan akademik murid-murid sekolah ini.
Majlis tersebut merupakan majlis mingguan yang diadakan kali pertamanya pada 4 Jun 2010. Majlis diadakan pada setiap hari Jumaat tersebut dimulakan seawal jam 7.10 pagi.
Majlis bacaan Surah Yasin tersebut melibatkan seluruh kakitangan guru dan bukan guru serta murid-murid sekolah ini.
Pada minggu ini Tuan Haji Zakaria telah mengemudi bacaan Surah Yasin.
Unit Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Proton City, telah memulakan kegiatan kokurikulum sejak pembukaan sekolah ini.

Sekolah Kebangsaan Proton City mengucapkan "SELAMAT BERCUTI" kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Proton City:
Tarikh : 5 Jun 2010 hingga 20 Jun 2010
Tempoh : 16 Hari
Semoga cuti yang dilalui akan diisi dengan pelbagai program dan aktiviti yang berfaedah. Jangan lupa mengulangkaji pelajaran.
Sekolah akan dibuka semula pada 21 Jun 2010 (Isnin)
Bersempena dengan Cuti Pertengahan Tahun 2010 ini juga, Jawatankuasa Tahun 6 SKPC telah mengadakan kelas tambahan unuk murid-murid Tahun 6. Kehadiran murid adalah diwajibkan.
Selain itu juga, jadual tugas guru-guru semasa cuti juga telah disediakan, agar semua guru dapat memperlengkapkan perkara-perkara yang berkaitan pengurusan sekolah dan kelas serta bilik khas masing-masing semasa cuti ini. (Untuk keterangan lanjut sebarang perkara berkaitan, sila rujuk kepada pentadbir atau pembantu tadbir sekolah.)
3 Jun 2010 (Khamis) - Warga Sekolah Kebangsaan Proton City hari ini telah membuat Sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
Sambutan hari guru ini merupakan sambutan yang julung-julung kalinya diadakan di sekolah ini.
Sambutan yang sepatutnya disambut pada 16 Mei tersebut terpaksa diadakan agak lewat dengan tujuan sambutan dapat diadakan di permis sendiri.
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah ini diadakan secara bersederhana berdasarkan keadaan sekolah dalam proses pembangunan peringkat permulaan.
Sambutan dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan diadakan perhimpunan khas sempena hari guru. Dalam perhimpunan tersebut, selain ucapan dari guru besar dan ketua murid SKPC, turut diadakan majlis penyampaian hadiah dari murid untuk guru-guru.
Seterusnya, majlis sambutan diteruskan dengan acara sukaneka yang telah dikendalikan oleh Encik Noraidil bin Paiman dan jawatankuasanya. Acara sukaneka juga turut disertai oleh kakitangan sekolah dan murid-murid SKPC.
Dalam acara persembahan murid, wakil dari setiap kelas telah mengadakan persembahan masing-masing. Para guru juga turut menyampaikan persembahan secara berkumpulan dan individu.

1 Jun 2010 (Selasa) - Warga Sekolah Kebangsaan Proton City (SKPC) hari ini berasa bangga kerana pada tanggal tersebut, SKPC telah memulakan operasinya di bangunan sendiri.
Dengan pembukaan sekolah tersebut, beberapa acara telah diadakan. Acara dimulakan seawal jam 7.00 pagi.
Pembukaan SKPC ini turut disertai oleh beberapa pegawai dari Jabatan Pelajaran Perak dan Pejabat Pelajaran Daearah Batang Padang.
Antara acara yang diadakan ialah majlis bacaan Yassin yang diketuai oleh Pegawai PPD sendiri iaitu Tuan Haji Mat Noh bin Supaat.
Selain itu, majlis suai kenal murid bersama kemudahan sekolah juga telah diadakan.
Pihak Pusat Kesihatan Tanjong Malim dan Bank Rakyat cawangan Tanjong Malim juga turut mengambil bahagian dalam hari pembukaan SKPC ini.
Satu taklimat khas juga turut diadakan oleh Pegawai PPD Batang Padang, sebagai panduan untuk warga sekolah terutama dalam kalangan guru untuk melancarkan perjalanan sekolah.