UPSR 2012

Sekolah Kebangsaan Proton City merupakan sebuah kompleks pendidikan yang didirikan dengan prasarana yang lengkap dan berteraskan teknologi.

Bermula 1 Jun 2010, SKPC beroperasi telah beroperasi dengan megahnya di kompleks bangunan sendiri.

SKPC bermatlamat sebagai sebuah organisasi pendidikan yang sentiasa memacu kearah pendidikan yang selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

1Malaysia

1Malaysia is intended to provide a free and open forum to discuss the things that matter deeply to us as a Nation. It provides a chance to express and explore the many perspectives of our fellow citizens. What makes Malaysia unique is the diversity of our peoples. 1Malaysia’s goal is to preserve and enhance this unity in diversity which has always been our strength and remains our best hope for the future.
1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan.

Pengumuman

Laman blog ini telah dikemaskini dengan info untuk tahun 2012. Sila berikan sebarang cadangan, pendapat, idea dan komen bagi menaik taraf laman ini agar lebih mantap.
Anda amat kami berharga.

Majlis Penutup Ehya Ramadhan


Panitia Pendidikan Islam, hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Ehya Ramadhan peringkat sekolah bagi tahun ini. Program yang bermula pada jam 7.30 pagi dimulakan dengan majlis bacaan Yasin oleh semua guru-guru dan murid Sekolah Kebangsaan Proton City (SKPC).

Sebaik selesai majlis bacaan Yasin, majlis diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang melibatkan murid-murid tahap 2 sekolah ini.

Puan Zaliha binti Salleh, guru besar SKPC dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada semua guru yang terlibat khususnya Panitia Pendidikan Islam dalam menjayakan Program Ehya Ramadhan pada tahun ini. Beliau juga berharap semoga program tersebut akan dapat dilaksanakan pada tahun-tahun berikutnya.

Selesai perasmian yang disempurnakan oleh Puan Zaliha, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada murid-murid yang terlibat dengan Majlis Tadarus Al-Quran dan pertandingan-pertandingan yang telah diadakan sempena program Ehya Ramadhan.

Turut memeriahkan majlis ialah majlis bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama guru-guru dan murid-murid serta pemberian duit raya oleh puan guru besar dan penolong kanan.

Tahniah Panita Pendidikan Islam!!























Selanjutnya..

Cuti Aidilfitri, Majlis Bacaan Yasin dan Jamuan Aidilfitri





Pihak sekolah dengan ini memaklumkan bahawa

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL KEDUA
4 September 2010 hingga 12 September 2010

Oleh kerana Aidilfitri disambut pada 10 September 2010 (Jumaat)
maka,

CUTI SEMPENA AIDILFITRI
13 September 2010 hingga 15 September 2010

Pihak sekolah telah memohon tempoh cuti sehingga 15 September 2010 dengan bersyarat, iaitu perlu diganti seperti berikut;

SEKOLAH GANTI
9 Oktober 2010
(Sabtu)

CUTI PENUBUHAN MALAYSIA
16 September 2010

SESI PERSEKOLAHAN SEMULA
17 September 2010
(Jumaat)

Pihak sekolah akan mengadakan dua acara penting pada 17 SEPTEMBER 2010, iaitu;
Kemuncak Bacaan Yasin sempena UPSR 2010, dan
Sambutan AIDILFITRI Peringkat sekolah.


Selanjutnya..
 

Rakan Bersekutu

Nabble - SKPC Forum

Renungan